PENGENALAN
Pemerolehan bahasa kedua merujuk kepada perkembangan bahasa orang dewasa. Kebanyakan orang berpendapat bahawa kanak-kanak lebih mudah dan cepat mempelajari bahasa kedua berbanding orang dewasa. Hal ini dikatakan demikian kerana perkembangan bahasa pada peringkat bayi telah dipengaruhi oleh perkembangan neurologi otak manusia. Apabila otak seseorang matang, maka bahasa yang lebih kompleks berupaya untuk dihasilkan. Menurut Abdullah Hassan (1989), proses pembelajaran bahasa kedua berlaku terhadap mereka yang melebihi umur lima tahun iaitu berlaku secara tidak semula jadi. Pembelajaran itu pula berlaku dalam lingkungan masyarakat bahasa yang dituturkan dan dalam kegiatan budaya yang tertentu. Krashen (1981) turut menyenaraikan pelbagai kaedah yang dapat membantu atau mengatasi masalah yang timbul dalam proses pembelajaran dan pemerolehan bahasa kedua.
Antara kaedah pengajaran bahasa kedua ialah:
i. Kaedah nahu terjemahan
ii. Kaedah terus
iii. Kaedah semula jadi
iv. Kaedah ajuk-hafaz
v. Kaedah linguistik
vi. Kaedah gerak balas fizikal keseluruhan
vii. Kaedah suggestopedia
1. Kaedah nahu terjemahan
Kaedah ini menerangkan tentang pendedahan perbendaharaan kata pada peringkat awal pembelajaran. Terjemahan merupakan aspek yang penting dalam konteks ini. Kata-kata diberi dalam bentuk yang terasing daripada konteks dan disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa. Hukum-hukum tatabahasa kemudiannya dihafaz sebagai cara untuk menguasai bahasa tersebut. Pemahaman terhadap isi bukannya isu utama sebaliknya penekanan diberikan kepada latihan tatabahasa yang menggunakan terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Misalnya, senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa pertama. Selepas itu, pelajar disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan itu berdasarkan hukum tatababahasa yang telah dipelajari. Hal ini membolehkan para pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan membolehkan mereka menulis bahasa kedua dengan betul. Hal ini dikatakan demikian kerana perkembangan kaedah ini bermula sejak tahun 1960-an apabila ahli linguistik iaitu Laurent Metzger, mula mengkaji bahawa bahasa itu adalah satu sistem dan bukan perkataan semata-mata. Melalui kaedah ini, seseorang lebih mudah memahami tatabahasa bahasa kedua dan menggunakannya dengan betul, membolehkan seseorang menterjemahkan bahasa asing kepada bahasa ibunda atau sebaliknya serta penguasaan terhadap perbendaharaan kata yang luar membolehkan seseorang lebih yakin ketika berhadapan dengan sesiapa pun.
2. Kaedah terus
Kaedah terus pula ialah pelajar tidak dibenarkan menggunakan bahasa ibunda. Penjelasan tentang makna dijelaskan dalam bahasa tersebut juga. Micheaal West dan Harald Palmer (1920-1935) ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kaedah ini kepada umum. Kaedah ini mirip kepada kaedah tentera yang ditolak oleh Micheal Fries, Profesor Linguistik dari UniversitiMichigan yang diperkenalkan sebagai satu lagi kaedah, iaitu kaedah Audio-Lingual. Kaedah terus dikenali sebagai kaedah tentera kerana ia diguanakan untuk melatih pengawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan kaedah ini diperkenalkan supaya membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar,bertuturr, membaca dan menulis. Kaedah terus ini memberi keutamaan dalam pengajaran yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini mempunyai objektif untuk membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa dengan lebih efektif dan membolehkan mereka menguasai penggunaan bahasa kedua. Kaedah ini sangat sesuai dipraktikkan dalamkalangan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa kedua kerana sifatnya sama dengan kaedah menguasai bahasa ibunda atau bahasa natif mereka.
3. Kaedah semula jadi
Kamarudin Hj. Husin (1997) memberi pandangan bahawa kaedah semula jadi ini merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah semula jadi ini menekankan kepada pengunaan bahasa dalam situasi komunikatif melalui penguasaan berperingkat. Kaedah ini berasaskan model kanak-kanak mempelajari bahasa pertamanya dalam keadaan ini nahu tidak diajar dan terjemahan tidak relevan. Pembelajaran dilakukan melalui perbualan, tunjuk cara,dan bentu-bentuk pengalaman terus yang lain. Dalam kaedah ini guru cuma menggunakan bahasa sasaran sama seperti ibu bapa bercakap dengan anak dalam bahasa kanak-kanak itu sedang pelajari. Kaedah semula jadi bermula pada tahap mudah dengan bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang terdapat di sekeliling mereka atau daripada gambar mudah.
4. Kaedah ajuk-hafaz
Kaedah ajuk-hafaz ialah tatabahasa yang dipelajari secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Makna ayat diberikan dalam ungkapan biasa yang digunakan dalam bahasa ibunda secara umum dan bukan menterjemah perkataan demi perkataan. Misalnya, apabila semua ayat asas sudah dipelajari, kanak-kanak akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibundanya. Ayat asas tersebut akan diberi dalam bahasa kedua dengan persamaannya dalam bahasa ibunda mereka. Selepas itu, kanak-kanak akan mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas tadi sebagai latihan mendengar.
Keberkesanan kaedah ini dapat dilihat melalui kemahiran lisan seperti latihan bercakap, latihan menyebut perkataan dengan betul dan kemahiran lisan yang lain. Kaedah ini tercipta dalam dalam Rancangan Bahasa Insentif oleh Persatuan Cendekiawan Majlis Amerika (American Council of Learned Societies) dalam Perang Dunia Kedua bagi mengajar bahasa insentif kepada para pengawai tentera. kaedah ini dianggap amat berkesan kerana faktor dorongan yang kuat, latihan insentif, saiz kelas yang kecil dan model yang baik.
5. Kaedah Linguistik
Bidang linguistik ialah suatu bidang yang mengkaji bahasa dan mengandungi teori-teori dan teknik-teknik menganalisis bahasa yang dipelajarinya. Teori-teori dan teknik menganalisis bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dari permerhatian dan kajian mereka terhadap bahasa. Ferdinand de Saussure (1913) merupakan orang pertama yang menekankan bahawa linguistik bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang-pukang susunannya tetapi merupakan unit-unit yang tersusun menurut struktur yang menyatakan hubungan unit-unit itu sendiri. Oleh hal yang demikian kaedah linguistik ini diaplikasikan dalam kaedah pengajaran bahasa kedua dengan membandingkan dua bahasa, iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh kanak-kanak sama ada bahasa ibunda atau bahasa yang lain. Fokus utama yang diberikan dalam kaedah ini dari segi bentuk dan fungsi bahasa di samping aspek bunyi, ayat makna dan sebagainya. Tamsilnya, guru haruslah memulakan pengajarannya dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa kedua mempunyai persamaan dengan bahasa pertama atau bahasa yang diketahui oleh kanak-kanak tersebut.
6. Kaedah Suggestopedia
Kaedah suggestopedia merujuk kepada aktiviti yang dapat menggerakkan fungsi otak ketika pembelajaran bahasa. kaedah ini telah diasaskan oleh Georgio Lazanoz pada tahun 1979. Menurut Georgi Lozanoz (1979),dalam tempoh 24 hari seseorang pelajar bahasa kedua boleh mempelajari 1800 patah perkataan, bertutur dengan berasaskan sesuatu rangka nahu dasar dan membaca sebarang teks. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan ialah perbendeharaan kata, membaca,berdialog dan sebagainya. Satu kelainan yang tidak dapat dalam pengajaran bahasa lain ialah penggunaan alat muzik sebagi latar. Biasanya muzik digunakan ialah berunsurkan klasik. Alunan muzik bukan sahaja dalam mewujudkan suasana yang tenang malahan dapat merangsang keupayaan serta keseimbangan otak kiri dan kanan. Menurut Lazanoz 1978, kaedah ini dapat menyimpan ingatan daripada pembelajaran sebanyak 25 kali ganda daripada kaedah biasa.
RUJUKAN:
Dardjowidjojo,S (2007). Psikolinguistik: Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Selangor: PTS Profesional.
Khazriyati Salehuddin (2018). Psikolinguistik Penerokaan Minda Berlandaskan Bahasa. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noor Aida Dani (2017). Asas Psikolinguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norul Haida bt. Hj. Reduzan (2013). Ilmu Psikolinguistik. Perak: Emeritus Publications.
Zuraini Ramli (2018). Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua diperoleh daripada (PDF) Zuraini Ramli - Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua (researchgate.net)
No comments:
Post a Comment